Bahan bahan
- 100ml Susu Cair Suam
- 3gm Yis Segera
- 300gm Tepung Roti
- 30gm Gula
- 1 bj Telur B
- 1-2 sb Blueberry Filling @fruttose_malaysia
- Sedikit mentega (resepi sebenar ada whiping cream)
Cara cara
1. Satukan bahan bertanda (*) kemudian biarkan 10minit untuk yis aktif.
2. Sediakan bahan kering di dalam mangkuk besar atau mesin pengguli (terpulang kaedah sendiri)
3. Satukan bahan basah yang sudah aktif tadi ke dalam bahan kering dan uli sehingga tidak melekat di tangan . Rehatkan selama 1jam.
4. Bentukkan doh yang dibahagi mengikut kebesaran loyang . Saya guna loyang kecil 6inci . Ada baki doh diketepikan.
5. Siap untuk setelah 2 kali rehatkan doh . Mula mengguli dan hiris hujung doh .
6. Sapukan filling Blueberry secukupnya kemudian gulung sehingga hujung . Pastikan tiada lelehan keluar.
7. Susun doh dan rehatkan selama satu jam di dalam loyang yang digris . Kemudian sapu susu ke atas permukaan roti sebelum dibakar.
8. Bakar selama 15-20minit mengikut saiz loyang dengan suhu 170c . Sapu mentega sejurus selepas dikeluarkan dari oven.
9. Keluarkan roti dari loyang dan biarkan di atas redai . Wool Roll Bread Blueberry siap untuk dinikmati!!
Selamat Mencuba!
Nak beli Fruttose? Sila layar laman OUR DEALER di CONTACT US sekarang! Recipe dari @yuyuanfoods