Bahan

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula icing
  • 3/4 cawan mentega
  • 1 biji kuning telur
  • Sedikit garam
  • 1 sk essence vanilla
  • Gula kastor

 

Cara:

  1. Pukul mentega dengan gula icing hingga sebati & kembang.
  2. Masukkan kuning telur, garam & esen vanilla, kacau sebati.
  3. Masukkan tepung gandum, kacau sebati.
  4. Ambil sedikit adunan, uli & bentuk menjadi bebola kecil, salut dengan gula kastor.
  5. Leperkan sedikit adunan, tekan dengan ibu jari dibahagian tengah. (lapik tray dengan kertas minyak)
  6. Letak filling blueberry. Hentakkan sedikit supaya rata.
  7. Bakar cookies selama 15-20 min pada suhu 170’c




Nak beli Fruttose? Sila layar laman OUR DEALER di CONTACT US sekarang! Recipe dari @eydaairtangan