Rasberry Swirl Buns

 

Pes Jem Raspberry

Bahan

  • 60 gram jem raspberry @fruttose_malaysia
  • 60 gram air
  • 20 gram tepung roti
  • 5 gram tepung jagung
  • 10 gram butter

 

Cara

Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali butter. Larutkan bahan2 sebelum dipanaskan sehingga kental. Bila dah kental, masukkan butter dan gaulkan sebati. Ketepi dan sejukkan.

***

Resepi Doh Roti Gebu

Bahan

  • 300 gram tepung gandum/tepung roti 
  • 200 gram susu segar
  • 3 tbsp susu pekat manis
  • 1tsp garam
  • 30 gram butter
  • 1 1/2 tsp yis

 

Cara

Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan uli sehingga elastik. Cara bentukkan roti boleh tengok dalam gambar. Lepas bentukkan roti, biarkan kembang sebelum dibakar. Roti dibakar pada suhu 190°Celcius sehingga keperangan.

 

Nak beli Fruttose? Sila layar laman OUR DEALER di CONTACT US sekarang! Recipe dari mira.sofia.saufi