Bahan

  • Beberapa keping kulit wantan
  • 1 cawan Fruttose Raspberry @fruttose_malaysia 
  • Beberapa keping cheese dipotong kecil
  • 1 cawan serbuk roti
  • 2 biji telur
  • Sedikit air
  • Sedikit tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

 

Cara 

  1. Pecahkan telur di dalam mangkuk dan ketepikan sekejap.
  2. Ambil kulit wantan dan letakkan di atas alas.
  3. Letakkan sesudu teh filling Fruttose Raspberry di tengah-tengah kulit wantan.
  4. Kemudian, letakkan cheese yang dipotong kecil tadi. Kuantiti cheese ni terpulang pada kita.
  5. Sapukan keliling kulit wantan dengan air yang dibancuh dengan tepung gandum menggunakan berus. 
  6. Celupkan ke dalam telur dan kemudian ke dalam serbuk roti. Salutkan agar semua bahagian kulit wantan diselaputi dengan serbuk roti. Ulang sehingga habis.
  7. Panaskan minyak dan goreng wantan berisi Fruttose tadi dengan api sederhana. Balikkan ke bahagian pula sehingga warna menjadi keemasan. Angkat dan toskan.




Nak beli Fruttose? Sila layar laman OUR DEALER di CONTACT US sekarang! Recipe dari @mamaauni82.