Fruttose Pilihan Medina Dari Surico Institute!

Mengapa anda pilih Fruttose?

Untuk sesiapa yang berada dalam bidang dekorasi kek mesti mengetahui bahawa Jam/Filling yang mempunyai buah sangat susah untuk didapatkan di kedai – kedai bahan kek yang biasa. Kebiasaanya, filling di kedai bahan – bahan kek tidak mempunyai buah dan teksur filling terlalu cair yang menyebabkan rasa filling terlalu manis. 

 

Kami sangat berpuas hati dengan produk Fruttose. Daripada segi rasa, tekstur dan packaging yang sangat cantik. Rasa yang tidak terlalu manis dan sesuai dengan apa – apa jenis kek. Sesetengah filling mempunyai tekstur yang likat dan sangat cair tetapi tekstur Filling Fruttose tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat membuatkan filling tersebut senang dan mudah untuk digunakan. 

Apa perbezaan Fruttose dengan produk yang lain?

Produk fruttose jika nak dibandingkan dengan produk filling yang berada di pasaran Malaysia sangat berbeza. Kebanyakkan pengedar yang mengeluarkan filling mempunyai buah kebiasaanya tidak menjual di dalam pack yang kecil. Mereka akan menjual dalam kuantiti yang banyak, selalunya dalam kuantiti 25kg dan sebagainya. Fruttose mempunyai kelainannya yang tersendiri dimana produk mereka bukan sahaja mempunyai dalam pack yang besar malah mereka juga menjual dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, peniaga kecil – kecilan juga mudah untuk dapatkan Fruttose Filling di kedai bakeri yang berhampiran dengan mereka. 

 

Produk adalah perkara penting yang perlu dinilai sebelum membuat apa – apa produk. Produk yang berkualiti dan bermutu sangat penting!

 

 

 

Dapatkan Fruttose sekarang di laman OUR DEALER di CONTACT US! 

Copyright © 2021 La Fruta Food Industries Sdn Bhd

Powered by Imagint Web Design