Bahan

  • 500 gm tepung gandum high protein
  • 1 paket yeast
  • 1 sdt baking powder
  • 2 sdb gula
  • 1 1⁄2 cawan susu UHT
  • 1 biji telur
  • 2 sdb unsalted butter / marjerin

Bahan Inti

  • Raspberry Fruttose
  • Blueberry Fruttose
  • Mango Fruttose

Hiasan

  • Snow powder

Cara

1. Satukan ke semua bahan dalam bowl atau mixer
  • 500 gm Tepung Gandum High Protein
  • 1 paket Yeast
  • 1 sdt Baking Powder
  • 2 sdb Gula
  • 1 1⁄2 cawan susu UHT
  • 1 biji Telur
  • 2 sdb Unsalted Butter / Marjerin
 

2. Uli ke semua bahan sehingga elastik dan menjadi doh ( jika guna mixer 10-15 minit, guna tangan 20-25 minit).

3. Bentukkan bulat dan rehatkan doh sehingga mengembang 2 kali ganda dengan menutup dengan wrapping cling film atau kain lembap sebagai pilihan. Tunggu 30-40 minit.

4. Apabila doh telah berganda, tekan perlahan dan timbang doh 45 gm sebiji. 

5. Bentukkan bebola dan susun dalam tray, rehatkan sekali lagi doh sehingga naik 2 kali ganda sebelum di goreng.

6. Goreng gunakan api kecil dan bolak balikkan ketika menggoreng.

7. Setelah bomboloni suam, buatkan lobang menggunakan chopstick atau gunting. 

8. Bolak balikkan atas snow powder.

9. Pipingkan dengan filling raspberry Fruttose. Begitu juga dengan blueberry Fruttose. 

10. Siap untuk dinikmati.

Copyright © 2021 La Fruta Food Industries Sdn Bhd

Powered by Imagint Web Design